Kemudahan ini bukan sahaja dinikmati oleh belia kg kepis hilir je... bahkan ada dari kg kepis ulu, kepis baru dan tenah rancangan inas. Dengar cerita dia orang nak masuk sukan komuniti di Johol nanti.

Pemain sedang mengatur strategi
Maradona Kepis

Futsal kini menjadi kegilaan remaja dan belia di Kg Kepis. Gelanggang Futsal yang dibina di Kg Kepis Kepis nampaknya berbaloi. Aku dengar kerajaan akan dan sedang membina gelanggang futsal di setiap DUN atau Mukim. Baguslah. sekurang-kurangnya matlamat untuk mewujudkan penduduk yang sihat dan 'sport thinking' akan dapat dicapai.
Semenjak 2 menjak ni... Pencuri Skerap lantun yang 2.30 sekilo tu mula memulakan aktivitinya... Orang-orang kg dah mula bimbang.. skerap lantunnya selalu je tercuri dek orang. Ntah apa la kojo orang ni. Puek la kaum tu motong.
Dah lama aku ngidam nak naik keretpi balik kampong.. Dulu-dulu kalau naik keretapi sampai sehari semalam baru sampai. Best juga, perkhidmatan yang disediakan oleh KTM boleh puji... dari
nak order tiket sampai la naik keretapi dan tiba di lokasi.
Jumaat lepas, aku bersama keluarga bercuti ke Pasir Gudang. Sambil melawat abang ipar aku, ada la hal peribadi yang lain. Dah Lama jugak aku tak memandu jauh. Kepis - pilah, kepis-bahau.. tu la routin aku hari-hari. Kebetulan aku baru je service WIRA convert MMC 4G9 boleh lah test power. Dapatlah aku speed sikit, dah lama tak speed ni... 140 - 160 KM/J jadilah. Tapi lain pulak halnya, apa tak nye baru cecah 120, orang rumah kat sebelah dah bising... Maintain je la 120. Jam 3.00 pm kami bertolak dari Kepis Hilir sampai kat Pasir Gudang lebih kurang 6.30 pm. Terpaksa la tinggal sementara rumah, ayam, kebun getah dan 'perang' kucing peliharaan kami. Adala yang kobar, kalau susah sangat baru je semua tu... heh..heh.
Perjalanan kami agak simple, berhenti rehat kejap kat Machap. Minum petang, buang air dan peluang anak-anak membazirkan duit dengan membeli benda-benda yang tak mengenyangkan, biasa la tu... R&R sekarang ni dah bertambah cantik dan kemudahan pun semakin baik... ya la PLUS untung banyak.. tapi masih lagi kata rugi... sambungla konsesi kutip tol. Petang tu tak de buat apa pun, rehat ala kadar... membuta la apa lagi. Jam 9.30 pm, selesaikan hal peribadi sampai 12.00 malam. Tidur awal la, letih-letih ni senang lelap kot. Hapah pun tidak... mana tak nya, paneh. Kipas atas bawah... seksa dibuatnya... Kalau kat kepis, tak yah.. kipas satu je cukup sejuk... kalau lambat off, jawabnya mengigil la. Ntah jam berapa baru aku lelap.
pagi. Belah petang gi jengok-jengok pasaraya, mula tu gi pasaraya basah kat Masai, ntah apa nama dia, kitmat kot.. cam tu lebih kurang. Hairan pulak aku, bandar besar macam PAsir Gudang ni jual sayur ayam jauh lebih murah dari pasar pilah... Ayam baru 6.00 sekilo, kat pasar malam pilah kalau tak salah 7.50 - 8.00 sekilo. Betul la cakap orang "Barang kat Pilah ni paling mahal di dunia...". Lepah tu, orang nak beli bunga melur dan cempaka, macam la kat pilah tak de.. Singgahlah kejap nurseri kat tepi pasaraya tu.. Sempat pulak anak aku bergambar dengan ayam serama...