Saturday, July 11, 2009

Penyata Razak Vs PPMSI

Lama jugak aku tak jengok blog aku ni... busy memanjang je. Terpanggil dengan keputusan kerajaan memansuhkan PPMSI (Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris tu la). Alhamdulillah, mujurkan Dato' Sri Najib Perdana Menteri kalau tak, tak tahula mungkin PPMSI akan di perluaskan lagi kepada semua mata pelajaran yang diajar.
Bukanlah menguasai Bahasa Inggeris tu tak bagus, bahkan semua ibubapa akan merasa bangga jika anak-anak mereka mampu menguasai Bahasa Inggeris dari menguasi bahasa al-quran. Pelik betul aku dengan orang yang cadangkan PPMSI ni, takkan lah belajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris mampu menjadikan anak-anak kita, terutama orang melayu diluar bandar akan lebih baik atau lebih pintar atau lebih apa-apa lagi..
Aku sebenarnya terkenangkan abang-abang aku yang sekolah pada tahun 70'an dulu. Mereka memang pandai dan fasih berbahasa Inggeris. Dia orang cakap dulu ada dua aliran sekolah, Sekolah Aliran Inggeris dan aliran Melayu. Pada masa tu, kita lihat taraf pendidikan anak-anak orang melayu kampung memang jauh ketinggalan berbanding anak-anak cina atau anak-anak orang bangsawan sehingga ke tahun 80'an. Dengan Penyata Razak (1956) di perkenalkan oleh bekas Menteri Pelajaran Tun Abdul Razak bapa kepada Dato' Sri Najib dan kesannya mula dirasai oleh anak-anak melayu kampung bila ramai anak-anak melayu Kampung dapat pelajaran yang sempurna dan mampu memasuki IPTA di seluruh negara.
Bercerita tentang Penyata Razak (1956) ni, antara tujuan utamanya ialah mengurangkan jurang perbezaan pendidikan diatara kaum di Malaysia. Syukurlah, kita mempunyai seorang pemimpin yang berpandangan jauh seperti Tun Abdul Razak, walaupun kita juga ada pemimpin yang ingin membawa Malaysia sebagai Negara Maju menjelang tahun 2020 tapi keunggulan Tun Abdul Razak sukar ditandingi. Sebagai seorang rakyat malaysia berbangsa melayu dan tinggal di kampung kepis hilir ini, kami berharap benar agar anak kepada negarawan ini, Dato' Sri Najib mampu menyambung hasrat dan cita-cita bapanya itu.
PPMSI, mengikut kacamata orang melayu kampung macam aku ni hanya sekadar kemegahan semata-mata. Aku ada anak, ya mereka memang mampu menjawab soalan peperiksaan matematik dan sains dalam bahasa Obama ni, tapi tu je la... Mereka tak faham pun konsepnya, mengapa dan bagaimana satu-satu formula atau fenomena sains tu terjadi. Mana tak nya, mereka memang tak faham lansung. Belajar untuk jawab soalan peperiksaan sahaja. Kalau macam tu macam mana mereka nak jadi kreatif atau inovatif. Kalau nak suruh mereka jadi pengguna okey la.. memang hebat. teknologi komputer atau handphone, memang dia orang la.. Sampai bila kita nak jadi pengguna yang hebat, bila lagi nak cipta sendiri. Sampai bila kita nak guna injin orang lain dan cap buatan Malaysia. Sampai bila kita nak guna model Mitsubishi dan tampal dengan nama Wira. Sampaikan anak-anak muda sekarang ni, dah kembalikan jenama wira tu kepada MMC semula, mereka tahu itu semua produk MMC, cuma ada la sikit-sikit local product.
Orang jepun, jerman, itali, korea dan macam-macam negara lagi tak pernah belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris... tapi tengoklah teknologi mereka. Thailand dan indonesia pun aku rasa tak belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris tapi tak tahu la pulak. Sama-sama lah kita berdoa agar kepimpinan baru yang mewarisi keunggulan bapa beliau mampu membawa malaysia dan kampung Kepis Hilir kearah yang lebih baik dan mampu melahirkan anak-anak melayu yang berinovasi dan kreatif.

No comments: