Dulu masa harga getah skerap mencecah RM4.90 sekilo, aktiviti mengambil skerap orang AKA mencuri lantun memang aktif. Pantang leka sikit, dah dipungut oleh mereka-mereka yang selalunya tak gi motong tapi selalu jual skerap. Lepas tu, mereka ni berehat kejap bila harga getah menjunam RM1.50.
Cakap pasal motong getah ni, hesh... Tak sangka, aku yang tak pernah hidup motong getah ni dah jadi macam pro... Tapi pelik juga, sejak getah pertama yang ditanam di Kuala Kangsar oleh British dan
sejak cara menoreh getah yang sistematik dipraktikkan, aku rasa pisau getah yang digunakan tak pernah nak dimodenkan. Ya la... buekla pisau getah elektronik ke. Aku rasa kalau orang negeri cina motong getah, dah lama dia orang cipta pisau getah elektrik, guna bateri dan jual kat kedai 2 ringgit.
Pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan seperti RISDA mungkin sedang membuat kajian dan penyelidikan untuk mencipta pisau getah elektronik atau mungkin juga nak tunggu negara dijajah sekali lagi dan British akan memperkenalkan pisau getah elektrik pertama dan akan jadi sejarah macam pokok getah pertama di Kuala kangsar tu....
No comments:
Post a Comment