Wednesday, August 26, 2009

Selsema Babi : H1N1

Apo nak jadi la... lepas chikukunga, selsema babi lak melanda. Tu belum kira denggi dan malaria yang mula timbul semula. Masa deman chikukunga, hampir 90% penduduk kepis hilir dan penduduk sekitar yang kono deman ni.

Hari ni pulak, selsema babi pulak yang menyerang. Pendemik, kata bijak pandai kesihatan kerana menyerang hampir semua kawasan di dunia ni. Walau apa pun istilah, mahu tak mahu sebagai orang islam kita kena yakin bahawa musibah ini adalah satu ujian dari Allah, mungkin ada sebabnya. Setiap yang terjadi ada sebab.

Mungkin Allah nak uji kita dengan pegangan dan keyakinan kita... Kalau dulu dengar nama babi je, semua orang melayu akan menentang.. tak kira la, nak bela ke nak jual ke. Mula-mula ada satu golongan yang 'menghalalkan' penternakan benatang berpenyakit ni atas atasan menghormati kaum yang mentedarah bondo ni dan atas faktor ekonomi.

Dan ada satu golongan yang begitu keras menentang...golongan yang memperjuangkan Islam dan dasar Islam. Kemudian, golongan ini pulak yang nampaknya mula berlembut dengan alasan menghormati kaum lain dan ekonomi.... mungkin, itu yang cuba diperingkatkan oleh Allah tentang kelekaan golongan yang lalai dalam perjuangannya...

No comments: