Futsal kini menjadi kegilaan remaja dan belia di Kg Kepis. Gelanggang Futsal yang dibina di Kg Kepis Kepis nampaknya berbaloi. Aku dengar kerajaan akan dan sedang membina gelanggang futsal di setiap DUN atau Mukim. Baguslah. sekurang-kurangnya matlamat untuk mewujudkan penduduk yang sihat dan 'sport thinking' akan dapat dicapai.
Heran betul aku nengok bebudak kat Kepis ni, mana ambik tenaga pun tak tahu la. Petang main bola tak pun takraw ada yang main badminton, malamnya layan fursal sampai 2 jam... tak telawan, aku cuba la joint diaorang main futsal hari tu.. mak oi, rasa masa nak pengsan. Ya la, dah lebih 10 tahun aku tak main bola ni.
Berbalik bab futsal ni, aku rasa langkah kerajaan ni memang tepat pada masanya. Tapi orang-orang kampong kenalah jaga fasiliti yang disediakan ni... jangan jadi nasib yang sama dengan balairaya ke stesen bas ke... Mesti ada diwujudkan jawatankuasa yang menguruskan gelanggang ni, ada tabung untuk membiaya kos penyelenggaraan dan bayaran bil-bil api dan air. Sekali-sekali diadakan pertandingan untuk memeriahkan aktiviti ni.
No comments:
Post a Comment