Sunday, June 22, 2008

Kepis Hilir vs Pasir Gudang

Jumaat lepas, aku bersama keluarga bercuti ke Pasir Gudang. Sambil melawat abang ipar aku, ada la hal peribadi yang lain. Dah Lama jugak aku tak memandu jauh. Kepis - pilah, kepis-bahau.. tu la routin aku hari-hari. Kebetulan aku baru je service WIRA convert MMC 4G9 boleh lah test power. Dapatlah aku speed sikit, dah lama tak speed ni... 140 - 160 KM/J jadilah. Tapi lain pulak halnya, apa tak nye baru cecah 120, orang rumah kat sebelah dah bising... Maintain je la 120. Jam 3.00 pm kami bertolak dari Kepis Hilir sampai kat Pasir Gudang lebih kurang 6.30 pm. Terpaksa la tinggal sementara rumah, ayam, kebun getah dan 'perang' kucing peliharaan kami. Adala yang kobar, kalau susah sangat baru je semua tu... heh..heh.


Perjalanan kami agak simple, berhenti rehat kejap kat Machap. Minum petang, buang air dan peluang anak-anak membazirkan duit dengan membeli benda-benda yang tak mengenyangkan, biasa la tu... R&R sekarang ni dah bertambah cantik dan kemudahan pun semakin baik... ya la PLUS untung banyak.. tapi masih lagi kata rugi... sambungla konsesi kutip tol. Petang tu tak de buat apa pun, rehat ala kadar... membuta la apa lagi. Jam 9.30 pm, selesaikan hal peribadi sampai 12.00 malam. Tidur awal la, letih-letih ni senang lelap kot. Hapah pun tidak... mana tak nya, paneh. Kipas atas bawah... seksa dibuatnya... Kalau kat kepis, tak yah.. kipas satu je cukup sejuk... kalau lambat off, jawabnya mengigil la. Ntah jam berapa baru aku lelap.


Hari Sabtu, pagi acara bebas. Apa lagi, lepas sarapan sambung tidur sampai pukul 11.00 pagi. Belah petang gi jengok-jengok pasaraya, mula tu gi pasaraya basah kat Masai, ntah apa nama dia, kitmat kot.. cam tu lebih kurang. Hairan pulak aku, bandar besar macam PAsir Gudang ni jual sayur ayam jauh lebih murah dari pasar pilah... Ayam baru 6.00 sekilo, kat pasar malam pilah kalau tak salah 7.50 - 8.00 sekilo. Betul la cakap orang "Barang kat Pilah ni paling mahal di dunia...". Lepah tu, orang nak beli bunga melur dan cempaka, macam la kat pilah tak de.. Singgahlah kejap nurseri kat tepi pasaraya tu.. Sempat pulak anak aku bergambar dengan ayam serama...


Satu perkara lagi, kat Pasir Gudang ni banyak sangat pasaraya... Giant ada, TESCO ada, ECONSAFE ada, kipmat ada belum kira yang kecil-kecil lagi, tapi orang ramai je.. mana datang orang tak... Pilah ni cuma ada gedung harian, upwell dan aktif... tu pun boleh kira orang.


Malam tu lagi parah, bahang panas menyerang sekali lagi... tak dapat tidur weh... lebih kurang jam 4.00 pagi, hujan turun... Alhamdulillah... ada la sejuk sikit, dapek la den tidur lena sikit. Pagi besoknya, 9.30 am kami bertolak balik. Sampai Kepis Hilir 2.00 petang.

1 comment:

Anonymous said...

slm.. slmt dtg ke pasir gudang..
nama pasar basah tur di panggil Kip Mart..

sesekali berjalan, jauh perjalanan luas pemandangan....