Sunday, August 24, 2008

Gua Musang - Bahau : Sepetang Dalam Keretapi

Dah lama aku ngidam nak naik keretpi balik kampong.. Dulu-dulu kalau naik keretapi sampai sehari semalam baru sampai. Best juga, perkhidmatan yang disediakan oleh KTM boleh puji... dari nak order tiket sampai la naik keretapi dan tiba di lokasi.

Kat atas keretapi tu.. macam kat stesen pulak, ada kedai kopi boleh la hilangkan boring. Dari Gua Musang aku naik keretapi jam 11.00 pagi sampai bahau jam 4.00 petang. Kira ok la tu.. ntah berepa kali dia berhenti.

Aku nak nak bawa family bercuti ke Kelantan naik keretapi ramai-ramai mesti best punya...

Sunday, June 22, 2008

Kepis Hilir vs Pasir Gudang

Jumaat lepas, aku bersama keluarga bercuti ke Pasir Gudang. Sambil melawat abang ipar aku, ada la hal peribadi yang lain. Dah Lama jugak aku tak memandu jauh. Kepis - pilah, kepis-bahau.. tu la routin aku hari-hari. Kebetulan aku baru je service WIRA convert MMC 4G9 boleh lah test power. Dapatlah aku speed sikit, dah lama tak speed ni... 140 - 160 KM/J jadilah. Tapi lain pulak halnya, apa tak nye baru cecah 120, orang rumah kat sebelah dah bising... Maintain je la 120. Jam 3.00 pm kami bertolak dari Kepis Hilir sampai kat Pasir Gudang lebih kurang 6.30 pm. Terpaksa la tinggal sementara rumah, ayam, kebun getah dan 'perang' kucing peliharaan kami. Adala yang kobar, kalau susah sangat baru je semua tu... heh..heh.


Perjalanan kami agak simple, berhenti rehat kejap kat Machap. Minum petang, buang air dan peluang anak-anak membazirkan duit dengan membeli benda-benda yang tak mengenyangkan, biasa la tu... R&R sekarang ni dah bertambah cantik dan kemudahan pun semakin baik... ya la PLUS untung banyak.. tapi masih lagi kata rugi... sambungla konsesi kutip tol. Petang tu tak de buat apa pun, rehat ala kadar... membuta la apa lagi. Jam 9.30 pm, selesaikan hal peribadi sampai 12.00 malam. Tidur awal la, letih-letih ni senang lelap kot. Hapah pun tidak... mana tak nya, paneh. Kipas atas bawah... seksa dibuatnya... Kalau kat kepis, tak yah.. kipas satu je cukup sejuk... kalau lambat off, jawabnya mengigil la. Ntah jam berapa baru aku lelap.


Hari Sabtu, pagi acara bebas. Apa lagi, lepas sarapan sambung tidur sampai pukul 11.00 pagi. Belah petang gi jengok-jengok pasaraya, mula tu gi pasaraya basah kat Masai, ntah apa nama dia, kitmat kot.. cam tu lebih kurang. Hairan pulak aku, bandar besar macam PAsir Gudang ni jual sayur ayam jauh lebih murah dari pasar pilah... Ayam baru 6.00 sekilo, kat pasar malam pilah kalau tak salah 7.50 - 8.00 sekilo. Betul la cakap orang "Barang kat Pilah ni paling mahal di dunia...". Lepah tu, orang nak beli bunga melur dan cempaka, macam la kat pilah tak de.. Singgahlah kejap nurseri kat tepi pasaraya tu.. Sempat pulak anak aku bergambar dengan ayam serama...


Satu perkara lagi, kat Pasir Gudang ni banyak sangat pasaraya... Giant ada, TESCO ada, ECONSAFE ada, kipmat ada belum kira yang kecil-kecil lagi, tapi orang ramai je.. mana datang orang tak... Pilah ni cuma ada gedung harian, upwell dan aktif... tu pun boleh kira orang.


Malam tu lagi parah, bahang panas menyerang sekali lagi... tak dapat tidur weh... lebih kurang jam 4.00 pagi, hujan turun... Alhamdulillah... ada la sejuk sikit, dapek la den tidur lena sikit. Pagi besoknya, 9.30 am kami bertolak balik. Sampai Kepis Hilir 2.00 petang.

Thursday, June 19, 2008

Bila Hujan Lebat

Hari ini hujan turun dengan lebatnya d Kepis Hilir, aku agak seluruh kawasan di daerah KUala Pilah menerima hujan yang lebat pada hari ini. Hujan lebat telah memenuhkan air sungai kepis. Hujan yang disertakan dengan angin kuat telah membuat sebahagian depan rumah aku digenangi air. Air sungai yang melimpah hingga hampir ke tebing mengalir dengan kuat.

Sebenarnya, bila hujan lebat begini aku teringat masa dulu-dulu di Kg Selising. Biasanya bulan 10 - 12, hujan akan turun dengan lebat dan hampir 2-3 hari baru reda. Hujan yang lebat akan menengelamkan hampir 1/2 kawasan di Kelantan, terutamanya Bandar Pasir Puteh, Kota Bharu, Kuala Krai, Tanah Merah dan Tumpat. Banjir di Kelantan menjadi sesuatu yang begitu lumrah, walaupun ramai yang menjadi mangsa tapi banjir, tapi ia menjadi pesta bagi setengah orang dan aku sendiri la... Bermain air, merupakan istilah yang digunakan oleh kami semasa keluar beramai-ramai setelah hujan menjadi reda. Masa tu ramai lah anak-anak muda akan menjalan-jalan disepanjang jalan yang dinaiki air.

Banjir juga merupakan masa ikan sungai atau kami panggil 'ikan darat' menjadi makanan kegemaran dan harganya akan melampung tinggi. Tapi masa tu manalah mahal sangat macam sekarang. Masa tu, kita boleh tengok mereka akan menahan pukat menggunakan perahu kat sawah. Sawah menjadi lautan yang luas. Kalau lambat diangkat, pukat akan kelihatan di atas tanah bila air surut.
Budak-budak muda juga akan mendapat rezeki baru, tolak kereta tersangkut dalam banjir. Selalunya caj yang dikenakan RM10 je...Satu lagi, pada musim banjir ni, ikan pekasam atau 'ikan jeruk' akan muncul dipasar dengan banyaknya... Masinnya memang tak boleh ditandingi oleh kumpulan ikan-ikan yang lain. Paling best 'ikan jeruk' digoreng bersama telur.. peh.. Makan la telur je... ikan tu masin sangat. Bila telur dah habis, besok boleh goreng lagi dengan telur lain.

Satu perkara yang aku masih lagi tak begitu faham, bila hujan turun dengan lebat, mak aku akan hidupkan api kat dapur. Sekarang kat Kepis pun, aku lihat mertua aku pun melakukan perkara yang sama, hidupkan api. Mungkin ada sebab yang munasabah.

Tuesday, June 17, 2008

Tanah Sawah Dan Projek Pertanian

Tanah Sawah Terbiar kat Kepis ni, dah tak de. Semua dah diusahakan. Bagusla tu. Kat depan rumah aku tu, projek tanaman pokok jarak, dengar cerita nak buat bio-disel. Sonang la nanti, tak payah pakai minyak disel, kita pakat guna bio-disel.. PADAN MUKA DIA ORANG.... Tapi sejauh mana projek tanah terbiar ni, dapat dinikmati oleh kita. Setahu aku yang mengusahakan projek ni bukan orang melayu kita.


Kalau tak salah aku, pokok jarak ni masa dulu orang buat pagar. Sebab dia sonang hidup, pacak je.. hidup la dia. Jadi turus pagar tu tak reput la. Dia cakap buah dia ni akan dieksport ke luar negara untuk diproses menjadi bio-disel. Nak tanam pun sonang, kambing tak nak makan... senang jaga. Tapi dua-tiga hari ni, aku tengok bangla yang kerja kat ladang tu dah mula membajak balik, habis pokok tu dibuang nak ganti baru.. Ntah apa kojo orang ni.
Pelik kan.. Bangsa kita merupakan, bangsa yang berteraskan pertanian. Dari dulu lagi, kita hidup dengan pertanian. Tapi bila nak buat projek pertanian, bangsa lain yang akan kaut keuntungan. Tuan tanah melayu dapek la 100 - 150 setahun, sedang mamat tu dapek keuntungan beribu-ribu ringgit. Tapi nak salahkan tuan tanah atau pengusaha melayu pun tak adil, biasala orang kita bila dengar orang melayu yang buek projek..."Tak do tu do... mengabihkan boreh yo.. dua tiga hari kang lingkupla tu... pandangan negetif selalu dilemparkan kepada usahawan tani melayu.


Tapi nak salahkan orang kita tak yo boleh... mana taknya, dah selalu terjadi bila orang melayu yang buek... kejap je, dapat je duit... habisla projek tu. Ntah sapa nak salahkan pun den tak tahu la... pikir la sendiri heh.

Yamaha "100 Sport"

100 Sport aku ni meragam lagi... dah puas aku repair, ada je yang tak kena. Hari tu aku antar kat cina batu 10, dia cakap kena potong blok ni. Aku ikut je. rabak RM150.. Hampeh.. tak mahu nya elok. Lepas tu aku tukar kaburator, sama je..

Jalan kejap.. dia mati. Tolak la. Nasib baik aku gi keje ngan kereta, kalau harapkan 100 sport ni entahla... Sebenarnya aku ni tak biasa dengan jenama yamaha ni... Dulu masa kat kampung, Selising kat Kelantan, aku kira handal juga, sapa nak celen DJ 714 aku tu. Kira kategori Honda Capcai, DJ 714 tu juara la. Tak caya tanya Meri atau Jazli, member kamceng masa kat kampung dulu. Mana tempat aku tak rayau, Kota Bharu? Dalam Rhu ? Pantai Bachok ? Tengok Konsert (masa tu ok lagi, konsert boleh on) ? Tengok Bola kat Stadium Sultan Muhamad.... Road Tax? mana ada, main redah je... Ada la sekali kena saman, 3 charge kena. RM150 kompaun.

Berbalik bab 100 Sport ni.. Ada pulak member cakap coil yang rosak, kena tukar. Mngkin betul kot sebab plug dia jadi hitam. Nantila esok ke lusa ke, aku beli kat Pilah.

Sebagai permulaan , blog aku ni kira ok la.. Mungkin tak banyak yang dapat diperhatikan tentang masyakat kat sini.. Tunggu la, dua tiga kali aku "post" dapat lah sikit gambaran santai kat kampung ni. Lagi satu kalau yang teringin nak bagi nasihat ke, pedoman ke atau nak bantai ke tentang 100 sport ni... Aku ucap terima kasih la.